BICARA KAUNSELOR

Wednesday, March 23, 2011

TAHNIAH!!!

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. pelajar yang kurang bernasib baik jangan mudah putus asa... teruskan perjuangan..... perjuangan belum selesai.....

P/S : pelajar2 dialu2kan berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan IPTA/IPTS dan sebagainya....

Sijil London Chamber If Commerce and Industry (LCCI)

Permohonan untuk mendapatkan sijil LCCI hendaklah menggunakan Borang Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate yang boleh diperoleh di pejabat LCCI Malaysia, Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI atau di laman web : http://www.lcciasia.com/
Permohonan hendaklah dihantar melalui pengetua masing-masing dan dikirim terus kepada LCCI dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Sijil Peperiksaan Malaysia

23 Mac 2011. SMK Seri Perak mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dan yang gagal jangan berputus asa. Makluman kepada pelajar yang ingin membuat permohonan semak semula dan Pembetulan maklumat calon boleh menghubungi pihak sekolah dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan. 

Monday, March 21, 2011

tahukah anda????

  1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan. Seperti kata pepatah Inggeris 'I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand.

Sunday, March 6, 2011

PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM(KPLSPM) 2011

permohonan kursus perguruan lepasan SPM (klik di sini)

Pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti kursus perguruan lepasan SPM, boleh membuat permohonan dalam talian melalui laman web yang tertera di atas..

Friday, March 4, 2011

RENUNGAN MINDA STPM 2011

  Jumaat 4 mac 2011, UBK SMK Seri Perak telah menganjurkan program motivasi kepada pelajar tingkatan 6 atas yang akan menghadapi STPM pada tahun ini. Antara slot yang telah dilaksanakan iaitu ceramah motivasi bersama pentadbir, taklimat tov, target 2011 dan post-moterm pencapaian STPM 2010. Semoga dengan apa yang disampaikan kepada pelajar akan meningkatkan lagi motivasi dalam diri pelajar.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011


Pada 5 Mac 2011. Kursus kepimpinan pengawas berlangsung selama sehari dari jam 7.30 hingga 6.00 petang. Melibatkan kerjasama guru-guru pengawas, guru-guru kaunseling dan semua guru praktikal UPSI. Semoga para pengawas  akan menjadi pemimpin yang disegani dan berdidikasi.

 SLOT 1 (ICE BREAKING) 


 Para Peserta Mencari Kasut Masing2


 Para Peserta Mengenali  Rakan Ahli Kumpulan Masing2


 Para Peserta Menjawab Borang Penilaian Sebelum Program



Bersemangat Dengan 'Trademark' Kumpulan Masing2




Sangat Berhati-hati  Dengan Sebiji Telur dan Sekeping Biskut ( Barang Amanah)

                                                             

                                                     SLOT 2 (TRAFFIC JAM)


                 
 Bersama Berganding Bahu dan Bekerjasama Memikul Amanah yang Diberikan




                           Rintangan yang Perlu Dihadapi





        Tersenyum Gembira Sambil Bekerjasama


Cekal Hadapi Rintangan



(SLOT 3) UNDANG & PERATURAN SEKOLAH
bersama cikgu rahim...
Cikgu Rahim Menerangkan Peraturan & Undang2 Sekolah Serta Tanggungjawab Seorang Pengawas

                                                Para Peserta Khusyuk Mendengar



SLOT 4 ( PULAU IMPIAN)
setiap kumpulan bersungguh-sungguh membentangkan pulau impian masing2


SLOT 5 (KEMBARUN)













SEBELUM PENUTUPAN PROGRAM
nyanyian lagu standing in the eyes of the world dan gemuruh

Wednesday, March 2, 2011

RAHSIA DISEBALIK WARNA

Apakah warna kegemaran anda???????

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
  1. MERAH
  2. HIJAU
  3. KUNING
  4. BIRU 
Rahsia disebalik warna :

MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan. 

BIRU
    Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
    1. Biru Tua :
    Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
    Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
    2. Biru Muda :
    Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
    Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap. 

    KUNING
      Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
      1. Kuning Terang :
      Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
      Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang. 

      HIJAU
        Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain. 

        KELABU & HITAM
          1. KELABU :
          Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
          2. HITAM :
          Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan. 

          COKLAT & UNGU
            1. COKLAT :
            Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
            2. UNGU :
            Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

            Tuesday, March 1, 2011

            HARI PERLANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH

            Isnin : 28 Februari 2011. SEMARAK telah melancarkan program pendidikan dan pencegahan dadah peringkat sekolah. Pada sesi pagi ianya telah dirasmikan oleh Pn .Hajah Aliah Bt. Jamaludin dan sesi petang pula dirasmikan oleh Pn . Hajah Rokiah Bt. Ahmad.


            Majlis pelancaran sesi petang

            Cikgu Sadiq Membaca Perutusan

            Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh Wakil Pelajar

            Ikrar Barisan Para Pelajar

            Ikrar Barisan Para Guru

            Slot Cuma 5 Minit Antidadah Bersam Cikgu Salina

            Ucapan dan Perasmian Oleh Puan. Hajah Rokiah Bt.Ahmad

            Deklamasi Sajak Oleh Wakil Pelajar