BICARA KAUNSELOR

Thursday, November 17, 2011

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100



Bantuan persekolahan bernilai RM100 setiap seorang pelajar Tingkatan 1hingga Tingkatan 4 telah disampaikan kepada ibubapa dan penjaga pada 17 November 2011.Majlis berjalan lancar walaupun terdapat beberapa orang penjaga agak hilang sabar menunggu giliran.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah bertugas bagi melaksanakan pemberian wang tersebut.

Thursday, November 10, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN KAA




Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kelas Rancangan Khas Agama 2011 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Masri b. Suwarto pada 10 November 2011.

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Gotong-royong Aqiqah Dan Kurban Di Semarak

Pada 09 / 11 / 2011 yang lalu, Smk Seri Perak telah mengadakan majlis Qurban dan aqiqah sempena Hari Raya Aidil Adha. Majlis gotong-royong ini telah dijalankan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.Terima kasih diucapkan kepada warga Semarak yang telah bekerjasama menjayakan program tersebut.








MY TALENT



Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMARAK telah menghantar 8 orang pelajar Tingkatan 2 menyertai Program Selepas Peperiksaan "MY TALENT" di SMK Convent T.Intan pada 9 November 2011.Mereka telah mempersembahan 2 buah lagu dengan iringan gitar.

Thursday, November 3, 2011

PENGETUA BARU


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Perak mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Masri b. Suwarto yang memulakan tugas sebagai Pengetua SMK Seri Perak bermula 3 November 2011.Semoga SEMARAK akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang di bawah pimpinan Tuan Haji Masri b. Suwarto.

Wednesday, November 2, 2011

Aktiviti Selepas PMR

Para pelajar tingkatan 3 telah terlibat dalam aktiviti selepas PMR pada 12/10/2011 sehingga 18/11/2011 yang bertempat di dewan kuliah SMK Seri Perak.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti Pertandingan Kuiz Dan Permainan Sains, Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Antara Kelas dan Pengurusan Jenazah. 









Tuesday, November 1, 2011

Program Kem Jati Diri Peringkat Negeri Perak 2011



SMK Seri Perak telah menghantar 3 orang pelajar perempuan untuk menyertai Kem Jati Diri yang bertempat di Amir Chalet and Fishing Corner, Ayer Tawar, Perak. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 19/9/2011-22/9/2011. Program ini menyasarkan seramai 83 orang pelajar tingkatan 2 dari seluruh daerah dalam negeri Perak. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, mental dan emosi seiring dengan tuntutan agama dan masyarakat. Dalam memastikan elemen ini dittikberatkan, Unit Disiplin Jabatan Pelajaran Perak telah mengorak langkah awal dengan mengadakan "Kem Jati Diri" seiring dengan pepatah yang berbunyi "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".