BICARA KAUNSELOR

Tuesday, November 1, 2011

Program Kem Jati Diri Peringkat Negeri Perak 2011



SMK Seri Perak telah menghantar 3 orang pelajar perempuan untuk menyertai Kem Jati Diri yang bertempat di Amir Chalet and Fishing Corner, Ayer Tawar, Perak. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 19/9/2011-22/9/2011. Program ini menyasarkan seramai 83 orang pelajar tingkatan 2 dari seluruh daerah dalam negeri Perak. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, mental dan emosi seiring dengan tuntutan agama dan masyarakat. Dalam memastikan elemen ini dittikberatkan, Unit Disiplin Jabatan Pelajaran Perak telah mengorak langkah awal dengan mengadakan "Kem Jati Diri" seiring dengan pepatah yang berbunyi "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".










No comments:

Post a Comment