BICARA KAUNSELOR

Friday, September 30, 2011

SELAMAT BERTANDING......

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Perak mengucapkan selamat bertanding kepada 4 orang pelajar yang akan menyertai Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hilir Perak pada:

Tarikh : 1 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK San Min Teluk Intan.
Penyertaan Unit B&K SEMARAK :

1. Pertandingan mereka blog
2. Pertandingan mereka facebook
3. Pertandingan Kaunselor Muda


AMIRUL ASRAF B. ZULKIFLI (BLOGGER)
MOHD NOOR IKHMAL B. SABRI(BLOGGER)
MUHD ZAHIRUDDIN B. TARMEJI

NUR HAFIDZATUL HANIS ABD RAZAK (Kaunselor Muda )

Thursday, September 29, 2011

EXAM TUTOR

Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2012

Kepada pelajar tingkatan 3 tahun 2011 ini yang ingin memohon MRSM untuk 2012,
sila layari portal rasmi Majlis Amanah Rakyat ini..
http://www.mara.gov.my
Permohonan ini boleh dibuat secara online.
Sekiranya para pelajar ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari website tersebut. :)

Wednesday, September 28, 2011

BULAN KEMERDEKAAN & KEMANUSIAAN




SMK. Seri Perak telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan pada 26 September 2011.Dalam majlis tersebut,SMK. Seri Perak telah diumumkan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Daerah Hilir Perak.

Tuesday, September 27, 2011

Kursus Kepimpinan Dan Kejurulatihan Pebimbing Rakan Sebaya

Asalamualaikum semua......
Pada 19 hingga 21 haribulan Sepember 2011 yang lalu, PRS SMK Seri Perak telah menghantar salah seorang pelajar iaitu Amirul Asyraf Bin Zulkafli mengikuti satu kursus kepimpinan iaitu Kursus Kepimpinan Dan Kejurulatihan Pembimbing Rakan Sebaya.
Kursus tersebut telah diadakan di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor. Seramai 80 peserta dari seluruh negeri Perak telah menyertai program ini.
Dalam program ini, para peserta PRS diajar cara untuk membimbing rakan-rakan di sekolah kita dengan lebih berkesan. Kami harap beliau dapat menggunakan pengalaman dan ilmu yang dipelajarinya disana dengan baik.















Wednesday, September 21, 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN













Puan Pengetua Hjh. Naemah Ali telah menghadiri Taklimat Pengurusan Pendidikan Bil.2/2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 20 September 2011.

Tuesday, September 13, 2011

KONVOI MERDEKA




Pihak sekolah telah menyambut kedatangan konvoi merdeka dari SMK Seri Setia pada 13 September 2011,12.30 tengah hari.Konvoi diketuai oleh En.Amenudin b. Arshad (Pengetua SMK. Seri Setia) dan telah disambut oleh En.Alias b. Mingan (PK. Tingkatan 6 - Wakil Pengetua),guru-guru dan pelajar-pelajar SEMARAK.

PROGRAM PENDIDIKAN




Program Pendidikan daripada Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) Selangor.
Tarikh : 12 September 2011
Masa : 3.30-4.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah SEMARAK

Monday, September 12, 2011

Program Jejak Haji Muda



Assalamualaikum kepada para pembaca blog ini... :D
Pada 9-10 September 2011, Panitia Pendidikan Syariah Islamiah SEMARAK menganjurkan satu program yang menarik dan Form 4 wajib menghadiri program ini.
Program ini dilakukan sebab bab haji ini adalah salah satu tajuk yang dipelajari.
Oleh sebab ingin memantapkan lagi ilmu, panitia pendidikan syariah islamiah menganjurkan program ini sebagai amali. Program ini disertai seramai 126 orang pelajar. Program ini juga amat menyeronokkan kerana pelajar dipraktikkan cara mnunaikan haji yang betul.
Kami berharap program ini dapat dilakukan pada tahun yang akan datang agar adik-adik yang berada di tingktan lain dapat melakukan program kerohanian ini. :D



Pendaftaran para pelajar. :D





Para Haji menunaikan solat asar selepas memakai dan b'niat ihram. :)



para pelajar sedang melakukan tawaf qudum ( tawaf selamat dtg)

Harap kalian seronok mmbaca entri ini. Terima Kasih.