BICARA KAUNSELOR

Thursday, January 23, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RM100

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 telah diadakan pada 23 Januari 2014




Tuesday, January 7, 2014

TAKLIMAT KHAS DAN PROGRAM ORIENTASI TINGKATN 1

TARIKH : 2,3 & 6 JANUARI 2014
TEMPAT : DEWAN BESAR DAN DEWAN KULIAH
AKTIVITI :
1. Taklimat Khas bersama Ibu bapa
2. Taklimat Program Orientasi
3. Taklimat Disiplin 
4. Taklimat Kokurikulum
5. Taklimat PBS
6. Aktiviti SMART SOLAT
7. Taklimat PSS/Koperasi Sekolah 
8. LDK / Latihan Nyanyian Lagu Negaraku & Sekolah
9. Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya






TAHNIAH PMR 2013

Warga SMK Seri Perak mengucapkan TAHNIAH kepada 22 orang pelajar cemerlang PMR 2013 yang mendapat semua 'A'. Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus merealisasikan kecemerlangan anak-anak didik SEMARAK.


PERMOHONAN UPU DAN PEMBELIAN PIN UNIK ID

Bagi yang tertunggu bila permohonan UPUdan penjualanPin/ Unik IDuntuk kemasukan keIPTAtahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.
Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke ;
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.
Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID :20 Januari 2014
Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :
Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.
Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.
Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Sumber :Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014

DESTINASI ANAK BANGSA UITM

Pelajar2 SPM 2012 atau yang belum dapat mana2 tawaran smbg belajar SILA mohon Programm Destinasi Anak Bangsa UiTM layari web www.online.uitm.edu.my @ walk in Bh Hal Ehwal Akademik,Unit Mengubah Destini Anak Bangsa, UiTM (Perak) 32610 Seri Iskandar, Perak 05-3743554,05-3742021 (Pra Perdagangan & Pra Sains)

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hari pertama sesi persekolahan bg tahun 2014. Tuan Hj Masri,Pengetua SMK Seri Perak bersama PK HEM dan guru-guru menyambut serta mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar SEMARAK...