BICARA KAUNSELOR

Thursday, October 27, 2011

MAJLIS PERPISAHAN



Satu Majlis Perpisahan mantan YDP MGK Hilir Perak,Encik Roshaimi Mohamad telah diadakan di Dewan Alam Manda,Pejabat Pelajaran Daerah pada 24 Oktober 2011.

Monday, October 24, 2011

PENGISIAN BORANG EL4

Prosedur penghantaran EL4 Tahun 2011 :

1. Download perisian EL4 2011 di Portal Rasmi http://www.ekaunseling.net
2. Install perisian tersebut seperti tahun lepas
3. Output (Dalam bentuk .zip perlu diletakkan di Desktop)
4. Masuk semula ke portal http://www.ekaunseling.net
5. Upload fail (*.zip) yang dihasilkan tadi mengikut negeri anda.
6. Cetak Slip Penghantaran untuk simpanan anda.

Terima kasih.

http://pelaporanl4.blogspot.com/

Thursday, October 20, 2011

MAJLIS RASMI PERSARAAN






Warga SMK Seri Perak telah mengadakan majlis gilang-gemilang Persaraan Wajib Puan Pengetua Hajah Naimah Ali pada 20 Otober 2011.Majlis diserikan dengan upacara tabik hormat pasukan beruniform,persembahan pelajar,ucapan dan perarakan.Terima kasih diucapkan kepada para tetamu jemputan terutamanya Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah yang telah menyampaikan surat penghargaan dari Kerajaan Malaysia kepada Hajah Naimah bt Ali yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Wednesday, October 19, 2011

DETIK TERAKHIR BERTUGAS



Pada 19 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu,detik 6.00 pm,perakam waktu telah menjadi bukti akhirnya tugas sebagai seorang Pengetua bagi Puan Hajah Naimah bt Ali .Beliau telah bersara wajib mulai 20 Oktober 2011 pada umur 56 tahun.Selamat bersara,semoga Puan Hajah Naimah bt Ali sentiasa dalam rahmat Allah swt.Jasa mu tetap dikenang selamanya.

Friday, October 14, 2011

Pertandingan Blog Bimbingan Dan Kaunseling



Pada 15 Oktober 2011 telah diadakan Karnival Merekayasa Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Perak 2011 di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak.
SMK Seri Perak telah menghantar 4 orang peserta mewakili Daerah Hilir Perak untuk menyertai Pertandingan Blog. Kepada peserta-peserta tersebut, selamat bertanding.













MAJLIS PRA PERSARAAN PENGETUA






Majlis Pra Persaraan Pengetua bersama guru-guru dan pelajar-pelajar sesi petang telah diadakan pada 14 Oktober 2011,jam 3.45 petang di Dewan SEMARAK Kasih SMK Seri Perak.

PENGURUSAN NILAM TERBAIK




Warga Semarak mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Nilam Peringkat Negeri Perak Kategori Sekolah Menengah. Hadiah berupa Sijil Penghargaan dan cek bernilai RM400.

Thursday, October 13, 2011

PEMBINAAN SURAU BARU




Upacara pecah tanah pembinaan surau baru SMK.Seri Perak akan diadakan pada 15 Oktober 2011 oleh Pengetua SMK. Seri Perak Hajah Naimah bt. Ali.Jawatankuasa pembinaan surau mengalu-alukan kepada pihak luar untuk memberikan sumbangan kewangan bagi menanggung kos pembinaan yang masih belum mencukupi.Sumbangan boleh disampaikan melalui akaun bank yang tertera di papan tanda pembinaan surau.

Tuesday, October 11, 2011

Klinik Bimbingan Peperiksaan SPM Kelab TAHA 2011

Pada 8 Oktober 2011 yang lalu, telah diadakan Klinik Bimbingan Peperiksaan SPM Kelab TAHA 2011 bertempat di SMK Seri Perak. Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dari beberapa buah sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak iaitu En. Zainal Abiddin b. Osman dan Pengetua SMK Seri Perak Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali. Klinik bimbingan ini telah dianjurkan oleh Tabung Haji Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.














Saturday, October 8, 2011

TIP IBUBAPA CEMERLANG

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga.

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan.

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut.

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan.

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan.

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa.

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan.

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga.

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati.

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga.

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Selamat Mencuba!

Oleh: Motivation2u

Friday, October 7, 2011

BERSANGKA BAIK.

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.

Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.

BICARA MOTIVASI

“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”.

Kita sebagai hamba, diberi tugas oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Tugasan hidup kita sudah jelas, iaitu untuk seorang hamba yang berjaya menjalankan perintah Tuhannya dengan cukup bagus. Maknanya, Anda dan saya ada peranan masing-masing dalam hidup kita ni.

Kita mungkin seorang bapa, seorang ketua di tempat kerja, seorang suami dan seorang anak. Walau siapa jua kita, kita tetap ada beberapa tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh cemerlang. Terpulang pada kita bagaimana kita melakukannya.

Kita sendiri pun bagi tugasan dengan seseorang, kita nak tugasan tu dilaksanakan dengan cukup bagus, hebat sekali mengikut kemahuan kita. Bila orang yang kita suruh tak buat kerja, atau kerjanya tak cukup bagus, kita tak berpuas hati kekadang naik hangin. Mungkin, begitu juga dengan Allah apabila berdepan perangai kita yang sedikit ‘degi’.

Mungkin sebab itu juga DIA menurunkan masalah, sebagai balasan atas perbuatan kita, kedegilan kita.

Untuk membuat sesuatu dengan cukup cemerlang, bagus dan hebat sekali, kena berfikir secara positif, lupakan semua yang buruk juga yang menyakitkan hati kemudian bergerak mencapai matlamat. Maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati, selepas itu fokuskan sepenuh perhatian pada usaha memajukan diri. Kita buang banyak masa jika terlalu kerap melayan semua yang negatif.

Be positive all the way!

Wednesday, October 5, 2011

GURU CEMERLANG GEO SEMARAK

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membuat rakaman pengajaran Guru Cemerlang Geografi SMK.Seri Perak pada 5hb Oktober 2011.

Monday, October 3, 2011

PANTAU PRESTASI ANAK ANDA

SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kanan dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

Saturday, October 1, 2011

TAHNIAH...



Ucapan setinggi-tinggi peghargaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Seri Perak atas kejayaan menjadi Johan Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hilir Perak kategori mereka laman blog.Ucapan Tahniah kepada 3 orang pelajar yang menjadi blogger atas kejayaan ini dan teruskan mengemaskini blog bagi persediaan pertandingan peringkat negeri pula pada 15 Oktober 2011.