Bengkel Pengucapan Awam telah diadakan pada hari Khamis, 22 April 2011. Bengkel tersebut dijalankan di Dewan Kuliah SEMARAK bermula 8.30 pagi hingga 2.15 petang. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMARAK dan pesertanya adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Atas.. 2 orang penceramah luar telah dijemput. Penceramah tersebut merupakan pensyarah dari Management and Science University (MSU). Pelajar telah diberi pendedahan terhadap teknik pengucapan awam yang betul. Pelajar begitu seronok menjalani bengkel tersebut kerana bengkel tersebut dijalankan dalam keadaan santai. Penceramah juga bijak menarik perhatian pelajar dengan membuat aktiviti selingan yang menarik.
BICARA KAUNSELOR
Thursday, April 21, 2011
Program Kerjaya Teknologi Maklumat
Program Kerjaya Teknologi Maklumat telah dijalankan pada tarikh 20 April 2011 bertempat di Dewan Kuliah SEMARAK. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pensyarah jemputan daripada Management and Science University (MSU). Seramai 240 orang pelajar tingkatan 5 dan 58 orang pelajar tingkatan 6 telah terlibat. Antara pengisiannya adalah pendedahan terhadap peluang pekerjaan yang berkaitan dengan ICT seperti bidang kejuruteraan. Selain daripada itu, pelajar juga diberi penerangan terhadap kelayakan untuk setiap bidang pekerjaan. Ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar langsung memudahkan pelajar meletakkan matlamat masa depan mereka.
Sunday, April 3, 2011
Jom Ke Karnival Pendidikan Mara 2011
PERHATIAN...
semua warga SEMARAK dijemput ke karnival pendidikan mara..
tarikh : 9-10 April 2011
masa : 10 Pagi-6 petang
Tempat : Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Apa yang menarik???
Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA,
Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel : 01-2693906/3650 atau 03-26915111 samb. 1303/1309 atau faks : 03-26927386
Laman web : www.mara.gov.my
infopsk@mara.gov.my
semua warga SEMARAK dijemput ke karnival pendidikan mara..
tarikh : 9-10 April 2011
masa : 10 Pagi-6 petang
Tempat : Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Apa yang menarik???
- Pameran institusi IPTA/IPTS dan Institusi Pendidikan Mara (IPMa)
- Yuran Pengajian PERCUMA di Institusi Pendidikan Mara (IPMa)
- Peluang Penajaan dan Pembiayaan Pelajaran MARA untuk calon yang layak
- Elaun Bulanan untuk calon yang layak
- Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
- Pinjaman Pendahuluan untuk calon yang layak
- Permohonan Terus dan Temuduga Terbuka
- Semakan Baki Tunggakan dan Pinjaman MARA
- Peluang Kerjaya dan Temuduga Kerja
Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA,
Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel : 01-2693906/3650 atau 03-26915111 samb. 1303/1309 atau faks : 03-26927386
Laman web : www.mara.gov.my
infopsk@mara.gov.my
PROGRAM BELAJAR CARA BELAJAR
30 Mac 2011. Semarak telah mengadakan program belajar cara belajar yang melibatkan semua pelajar sesi petang Tingkatan 1. Program ini telah dikendalikan oleh kaunselor pelatih iaitu Cikgu Zubaidatul dan Cikgu Salina.
Antara pengisian dalam program kemahiran belajar cara belajar ialah :
i) Kaedah Akronim - mencantumkan huruf awal atau suku kata daripada beberapa perkataan.
Renung2kan dan Selamat Beramal!!!!!!!
Antara pengisian dalam program kemahiran belajar cara belajar ialah :
1) Teknik Belajar Berkesan
- tentukan matlamat belajar
- belajar ikut jadual waktu dan menyintai pelajaran
- sentiasa berfikiran positif+ tenang+gembira + ceria
- hindari masalah dan aktiviti yang tidak berfaedah
- mesti ingat apa yang dibaca
- belajar dalam keadaan segar - tidak mengatuk/tempat yang bersih/suhu yang sesuai
- mohon petunjuk dari Tuhan
- jika berjaya - ucapa tahniah pada diri sendiri
2) Teknik Mendengar Efektif
- memberi tumpuan dan minat
- jangan bermain, tanamkan minat
- catatkan isi penting
- tanya soalan jika ada
- ulangkaji tajuk yang diajar
3) Teknik Menulis Nota
- mencatat kata kunci sahaja
- nota ringkas dan padat
- guna perkataan sendiri
- fahami setiap kata kunci
4) Teknik Mengulangkaji
- baca buku @ nota. fahamkan
- tutup buku, ingat semula
- cuba catat apa yang diingati
- bandingkan dengan maklumat sebenar
5) Teknik Mengingat
i) Kaedah Akronim - mencantumkan huruf awal atau suku kata daripada beberapa perkataan.
contoh : Majlis Amanah Rakyat = MARA
Universiti Pendidikan Sultan Idris = UPSI
ii) Kaedah Akrostik - huruf jadi perkataan
contoh : sifat2 Nabi
Al-Amanah > Aman
Al- Siddiq > Sentosa
Al-Tabligh > Tenang
Al-Fatanah > Fikiran
Program ini juga turut mengadakan kuiz kepada para pelajar disertakan dengan hadiah yang sangat menarik. kuiz2 yang diberikan sangat mencabar. Tahniah kepada para pemenang. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dalam program ini dengan sebaiknya.... :)
cikgu tinggalkan pada anda dengan bingkisan video ini....:)
cikgu tinggalkan pada anda dengan bingkisan video ini....:)
Renung2kan dan Selamat Beramal!!!!!!!
Lawatan Pendidikan Dan Kerjaya "Jom Masuk U"
27 Mac 2011 (Ahad). Seramai 36 orang dan 4 orang guru SMK Seri Perak melawat pameran pendidikan dan kerjaya Jom Masuk U di Bandaraya Ipoh. Hampir semua IPTA dan IPTS telah menyertai program Jom Masuk U zon 10 kali ke 7. Banyak manafaat yang diperoleh dari lawatan tersebut. Antaranya pelajar mendapat pendedahan mengenai kursus dan syarat kemasukan ke IPTA dan IPTS. Selamat maju Jaya untuk Semua
Subscribe to:
Posts (Atom)