BICARA KAUNSELOR

Thursday, April 21, 2011

Program Kerjaya Teknologi Maklumat

Program Kerjaya Teknologi Maklumat telah dijalankan pada tarikh 20 April 2011 bertempat di Dewan Kuliah SEMARAK. Program ini telah dikendalikan oleh  beberapa orang pensyarah jemputan daripada Management and Science University (MSU). Seramai 240 orang pelajar tingkatan 5 dan 58 orang pelajar tingkatan 6 telah terlibat. Antara pengisiannya adalah pendedahan terhadap peluang pekerjaan yang berkaitan dengan ICT seperti bidang kejuruteraan. Selain daripada itu, pelajar juga diberi penerangan terhadap kelayakan untuk setiap bidang pekerjaan. Ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar langsung memudahkan pelajar meletakkan matlamat masa depan mereka.

No comments:

Post a Comment