BICARA KAUNSELOR

Sunday, July 17, 2011

kEPUTUSAN PERMOHONAN KE UPU KEMASUKAN KE IPTA 2011 LEPASAN STPM DAN SETARAF

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diplomadan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2011/2012 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 15 Julai 2011 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Keputusan Permohonan UPUSemakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan Permohonan Ke USM

  • Semakan keputusan ini tidak melibatkan calon yang telah mengesahkan menerima tawaran USM yang diumumkan pada 10 Jun lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
  • Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.

Permohonan Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan e-rayuan ini ialah pada 24 Julai 2011.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malay

No comments:

Post a Comment