BICARA KAUNSELOR

Wednesday, August 15, 2012

PENYERAHAN ZAKAT & SUMBANGAN HARI RAYA

Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cik Norshalinda bt Saiful Bahry (Kaunselor MSU) yang telah sudi menyampaikan zakat dan sumbangan bagi pihak YBhg Dato' Shukri (Presiden MSU)kepada 20 orang pelajar Tg.5 dan Tg.6A. Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sokongan yang telah sudi memberi sumbangan dan zakat kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim. Penghargaan kepada Tuan Pengetua yang telah sudi menyempurnakan majlis penyerahan tersebut. Terima kasih ,semoga dimurahkan lagi rezeki kita semua. Insyaallah.

TARIKH : 14 OGOS 2012 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN KULIAH & BILIK GERAKAN SEMARAK
JUMLAH PELAJAR : 40 ORANG (ZAKAT & SUMBANGAN SEKOLAH)
20 ORANG (ZAKAT & SUMBANGAN MSU)




No comments:

Post a Comment